Batas-batas Pergaulan dan Adab-Adab Pergaulan

                        

Nama dan Kod Kursus : Komunikasi Dan Penyiaran Islam (DUA6022)

Tajuk e-Folio : Batas-batas pergaulan dan adab- adab pergaulan

Nama Pensyarah : Ustaz Kamal Hisam bin Abdul Halim

Nama ahli Kumpulan : 
  1. Kamal bin Mazlan (02DKM18F1126)
  2. Muhammad Aidel Azhar Bin Sazali (02DKM18F1132)
  3. .Muhammad Nabil Bin Zulkifli (02DKM18F1018)
  4. Muhammad Farhan bin Fazli (02DKM18F1048)
  5. Muhammad Arif bin Mohamad Shokri (02DKM18F1066)
Kelas : DKM5F


1.0 Pengenalan kepada pergaulan

DEFINISI PERGAULAN
Pergaulan Dari Segi Bahasa : Proses interaksi antara individu atau individu dengan kelompok

Bebas Dari Segi Bahasa : Terlepas daripada kewajiban, aturan, tuntutan, norma agama dan norma kesusilaan

Pergaulan Bebas Dari Segi Agama : Proses bergaul dengan orang lain terlepas dari ikatan yang mengatur pergaulan. Pergaulan bebas boleh dilihat didalam Surah An-Nur ayat 30-31 bahwa hendaknya kita menjaga pandangan mata dalam bergaul

Pergaulan Dari Segi Bahasa Arab :  'ikhtilat' yang membawa maksud pergaulan atau percampuran antara wanita dan lelaki adalah terminologi yang baru diperkenalkan dalam Islam. Istilah pergaulan atau percampuran atau Ikhtilat adalah membawa konotasi dan makna yang tidak sesuai dengan Islam. Istilah yang tepat ialah Liqa' (pertemuan) atau musyarakah (penyertaan) di antara lelaki dan wanita. pergaulan sepatutnya ditakrif sebagai batas pertemuan atau penyertaan antara lelaki dan wanita

  1.1  Batas-batas dalam pergaulan supaya menjadi bimbingan kepada khalayak masyarakat zaman sekarang iaitu:

  1. Pandangan

  2. Pertemuan

  3. Percakapan

  4. Berjabat tangan

  5. Bersentuhan badan

 

1. Pandangan yang dimaksudkan di sini adalah pandangan yang biasa bukan bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau perempuan.

Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud:


 


“Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka…”


Bagi kaum perempuan juga Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang perempuan yang beriman hendaklah mereka memejamkan (tidak tengok) setengah dari pandangan mereka…”

dari kedua-dua ayat itu kita dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandang seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja.

2. Maksud pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat sunyi.

Dalam konteks hari ini lebih di kenali dengan istilah ‘khalwat’ mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu di tempat sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

 

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa Allah melarang pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.

3. Percakapan atau perbualan yang dimaksudkan di sini ialah apabila dua orang individu yang bukan mahramnya bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu yang boleh mendatangkan syak wasangka.

Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak untuk bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja.

Larangan itu dibuat semata-mata untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutama sekali kaum perempuan.

4. Berjabat tangan bermaksud menghulurkan dan menyambut tangan orang lain tanda hubungan silaturahim antara mereka, perlakuan itu meliputi lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan atau sebaliknya.

Menurut Islam hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Siti Aisyah r.a ada berkata:

 

“…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.” (Riwayat Imam Ahmad)

5. Bersentuhan badan bermakna apabila berlaku pertemuan mana-mana anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.

Sentuhan di sini lebih bermaksud sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menerbitkan keinginan nafsu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:

 

“Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”

Dari hadis di atas dapatlah kita mentakrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t.




2.0 Ciri-Ciri Dari Pergaulan Bebas

• Rasa ingin tahu yang sangat besar dan tak terkendali.
• Memiliki perilaku yang tidak baik bahkan tidak wajar dan tidak sopan.
• Sering membuat pembaziran wang yang memenuhi keperluan yang sebenarnya tidak diperlukan sama sekali.
• Sering terjadi perubahan emosi, fikiran, perilaku dengan cepat.
• Terjerat ke dalam sebuah hal-hal yang sama sekali tidak bermanfaat bahkan membahayakan diri sendiri, seperti pergi ke pusat hiburan dan memakai ubat-ubatan terlarang.

3.0 Faktor-faktor
Banyak sebab pergaulan bebas  jadi begitu merebak :

1.Tahap Iman yang lemah

Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras. Tahap iman manusia hidup dalam jiwanya yang lemah dan kosong. Manusia yang lemah tidak takut dan gentar akan hari pembalasan di akhirat kelak. Akibatnya, mereka tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan dan antara kebenaran dan kebatilan. 

2. Dunia Cinta Remaja

Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin
berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.


3. Pengaruh Media Massa dan pendedahan bahan lucah

Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia. Internet menjadi sangat berpengaruh dalam kalangan remaja berbanding dengan media yang lain. Ini adalah disebabkan oleh sifatnya yang dapat menerobos sempadan negara iaitu sukar disekat, ditapis dan dihalang. Selain itu, bahan-bahan lucah dapat memasuki negara dengan mudah. Rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyan memaparkan adengan-adengan seks. Media cetak seperti majalah-majalah berbentuk hiburan juga member kesan negatif. Banyak majalah memaparkan gambar-gambar artis barat dan kelakuan dan gaya mereka.

4.0 Adab-adab dalam pergaulan

Di dalam agama Islam, terdapat beberapa adab yang harus ditekankan. Antaranya ialah :

1.Menundukkan pandangan
Menundukkan pandangan adalah satu perintah Allah kepada semua lelaki dan perempuan. Ia adalah satu simbolik menandakan orang Islam mesti menjaga pandangan daripada melihat perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

2. Menutup Aurat
4.2.1 Batas Aurat Lelaki :
  • Dalam semua keadaan ialah diantara pusat dan lutut kecuali ketika bersama isteri.

4.2.2 Batas Aurat Perempuan :
  • Situasi Dan Batas-Batas Yang Perlu Ditutup :
  • Bersama perempuan Islam & lelaki mahramnya - Dari pusat hingga lutut.
  • Bersama perempuan bukan Islam, lelaki bukan mahram dan ketika mengerjakan solat - Seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.
  • Ketika bersama suami dan anak di rumah - Boleh menunjukkan perhiasan zahir seperti rambut, leher dan sebagainya.
3.Tidak berdua-duaan di antara Lelaki dan Perempuan
Hikmah daripada larangan ini adalah, supaya perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina atau muqaddimah zina (permulaan) dapat dielakkan. Ini kerana, perbuatan khalwat (berdua-duaan) itu sendiri merupakan suatu ruang yang besar untuk dimasuki oleh syaitan dalam usaha merosakkan anak Adam serta menimbulkan fitnah yang besar pada diri mereka. Hal ini bertepatan dengan sebuah riwayat daripada Saidina Abdullah Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
أَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ
Maksudnya: Ketahuilah bahawa tidaklah berdua-duan seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan yang ketiganya adalah syaitan.
Riwayat Al-Tirmizi (2165)

4.Tidak melunakkan percakapan
Seorang wanita dilarang melunakkan percakapannya ketika bercakap selain daripada suami. Allah SWT telah berfirman;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Imam Ibnu Kathir juga berkata;
Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

5.Tidak bersentuhan dengan kaum berlawanan jenis
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata;
Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)



5.0 Rumusan

        Sebagai rumusan kaedah atau manhaj al-Quran dalam membaiki jiwa 
insan yang rosak adalah pendekatan yang terbaik. Kedua-dua pusat 
perlindungan yang menggunakan kaedah al-Quran dalam merawat 
masalah sosial dalam kalangan pelatih remaja dilihat berjaya dalam 
membantu menangani remaja yang mempunyai masalah sosial. Kaedah 
utama iaitu merawat iman dan hati dianggap asas utama dalam 
memperbaiki jiwa manusia.

Oleh hal yang demikian, kita sebagai seorang muslim haruslah sentiasa menitikberatkan soal pergaulan dalam kehidupan kita seharian.
Sama-sama kita amalkan adab bergaul di dalam islam agar dapat menjaga keperibadian individu muslim serta dapat menjaga maruah dan kehormatan diri.


6.0 Rujukan

1.Fauziah Ibrahim et.al (2012). Memperkasakan Pengetahuan Agama Dalam Kalangan Remaja Bermasalah Tingkah Laku: Ke Arah Pembentukan
Akhlak Remaja Sejahtera. Journal of Social Sciences and
Humanities, vol. 7 (1), April 2012.


2.Ibn Kathir (2008). Lubab al-Tafsir min Ibn Kathir. Terj. M. Abdul Ghoffar.
Pustaka Imam Asy-Safi’i: Indonesia.


3.Khairani Zakariya. (2012). Kaedah Pembangunan Akhlak Remaja Menurut Imam al-Ghazali. Universiti Sains Malaysia.


4.Merriem, S.B. (2009). Qualitative Research and Case Study Applications
in Education. Ed. 2. San Fransisco: Jossey-Bass.


5.Mohd Noorikhwan bin Sarbini. (2013). Terapi Jiwa Menurut Imam Ibn ‘Ata’
Allah al-Sakandari. Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.


6.Muhammad Yusuf Khalid (2005). Gejala Sosial dan Penyelesaiannya Dari
Perspektif Tasawuf Dalam Membangun Masyarakat Moden Yang
Berilmu Dan Berakhlak. Kuala Lumpur : Kolej Universiti Islam
Malaysia. 


7.Mushaf al-Quran al-Karim.


8.Norzulaili Mohd Ghazali dan Mohd Zohdi Mohd Amin (2005) Metode al-
Quran Dalam Membina Akhlak dan Peribadi dalam prosiding “Isu
semasa pengajian Quran dan Sunnah siri 2. MES enterprise Sdn
Bhd : Kuala Lumpur.
Othman Lebar (2007).


9. Sumber dari internet 

Comments